Monday, February 27, 2017

PANDUAN MENULIS NOVEL KANAK-KANAK



           PANDUAN MENULIS NOVEL KANAK-KANAK

Setelah mehulis lebih kurang 20 buku kanak-kanak bermula tahun 2007, di sini saya ingin berkongsi ilmu tentang panduan atau tips menulis novel kanak-kanak. Percuma sahaja ilmunya berdasarkan pengalaman saya. Harap para rakan penulis dapat manfaatkan ilmu ini. (Kerana selepas ini saya mungkin akan kembali kepada karya dewasa seperti mana pada awal-awal zaman saya mencuburi dunia penulisan lebih 10 tahun lalu.)

Panduan menulis novel kanak-kanak.
  

  1.   Buat keputusan dahulu mahu terbit di penerbit mana.
  2. Boleh tanya tema novel kanak-kanak yang penerbit itu mahu.
  3. Sediakan proposal dan hantar kepada penerbit. Kalau diluluskan baru mula menulis.
  4. Namun, tidak semua penulis boleh bersabar (seperti saya) apatah lagi apabila mempunyai idea menarik untuk dikongsi dengan pembaca. Jadi, saya memang selalu menulis dahulu ceritanya, baru berhubung dengan penerbit (Ini terpulang). Haha. Cuma risikonya apabla menghantar manuskrip yang sudah siap, kadangkala manuskrip tersebut tidak sesuai dengan house style penerbitan tersebut, jadi, karya anda akan ditolak. (Jangan kecewa, saya pun sudah banyak kali karya ditolak. Itu perkara biasa. Teruskan usaha!)
  5.   Atau sekiranya punya bajet, boleh terbit sendiri seperti rakan penulis Nimoiz TY, Fadhrazy dan Pak Latip yang budiman, Cuma mungkin tak semua penulis punya bakat menjual karya sendiri (seperti saya huhu…). Tetapi boleh rujuk kepada rakan penulis Fadhrazy, Nimoiz TY, Pak Latip dan juga mentor muda, Husna Adnan. 
  6.   Menulis karya kanak-kanak ni pada saya adalah penulisan yang paling selamat dan banyak pahalanya ibarat melentur buluh dari rebungnya. Masukkan elemen pendidikan pada golongan kanak-kanak yang mula mahu mengenal dunia ini 
  7. Syarat utama menjadi penulis buku cerita kanak-kanak adalah bakat mencipta cerita-cerita yang diminati oleh kanak-kanak. Menulis cerita yang diminati kanak-kanak dan remaja adalah lebih sukar daripada menulis cerita untuk bacaan dewasa.
  8. Menulis cerita yang diminati kanak-kanak dan remaja adalah lebih sukar daripada menulis cerita untuk bacaan dewasa.Tetapi tidak salah jika kita mencuba. Buku pertama mungkin sukar, tapi akan menjadi mudah untuk karya seterusnya, in sya Allah.   
  9.  Hadiri bengkel penulisan novel kanak-kanak sekiranya berkesempatan. Jangan jadi seperti saya sewaktu awal-awal menceburi dunia penulisan, yang berbengkelkan daripada pembacaan. Belajar tanpa guru itu seperti berada di bulatan jalan, banyak jalan, namun tidak pasti jalan mana yang lebih baik. Bergurulah meskipun sekali.              
  10. Elakkan klise. Elakkan kisah yang pernah didengar.. jalan cerita yang dapat diagak, atau apa yang terjadi selepas satu-satu babak.Kanak-kanak tidak sukakan logic, jadi ciptakan idea yang luar biasa seperti novel kanak-kanak saya, siri Budak Span. 
  11.  Boleh juga mendapatkan khidmat mereka yang berfikiran kreatif seperti seorang  peminat tegar komik. Mereka ini selalunya mempunyai idea yang luar biasa. Sebagai contoh, beberapa novel kanak-kanak saya seperti Hero Assyria, Putera Danish dan Villa Fantasi, juga siri popular Puteri Damia adalah hasil idea suami saya,Mohd Amin yang juga peminat tegar komik. Saya hanya mengembangkan cerita daripada rangka cerita yang diciptanya. 
  12.  Atau sekiranya kita ketandusan idea, cara mudah ialah melayari internet, mencari pengalaman zaman kecil orang lain, untuk kitagarap, olah dan jadikania sebagai bahan karya kita.
  13. Semasa menulis, bayangkan kita adalah kanak-kanak. Boleh imbas zaman kecil kita. Atau lebih mudah, memerhati perlakuan comel anak-anak kecil kita atau anak-anak saudara kita. Semua ini boleh membuahkan ilham 
  14.  Buat permulaan, kita boleh menulis kisah zaman kecil kita seperti novel kanak-kanak saya, ‘Bayi Botol Kicap’. 
  15.  Kita boleh juga menulis pengalaman menarik zaman kanak-kanak orang yang terdekat dengan kita. Contohnya, novel Pelangi saya, mengisahkan kisah benar zaman kanak-kanak kawan baik saya, Farha yang menghidap penyakit SLE. 
  16.  Bina rangka cerita plot demi plot. Selalunya novel kanak-kanak ada 10 bab. 1 bab dalam 9-10 mukasurat, A4, double spacing. Atau bergantung pada permintaan penerbit. 
  17.  Cuba hidupkann watak, cuba bayangkan kita adalah kanak-kanak. Memang sukar bagi sesiapa yang baru mahu mula menulis karya kanak-kanak. Namun, akan biasa juga nantinya.
  18. banyakkan dialog berbanding ayat penyata. Guna bahasa yang mudah difahami. Tak perlu berbubga-bunga. Biar ayat Nampak skema, akan melatih penggunaan bahasa yang baik di kalangan kanak-kanak. Biar tidak Nampak sasteranya, tapi sampai ke jiwa anak-anak syurga kita.   
  19.  Mulakan dengan bagaimana konflik boleh tercetus. Di pertengahannya usaha dalam menyelesaikan konflik.
  20. Dalam satu ayat maksimum 9 patah perkataan. Dalam satu perenggan ada 4 baris ayat. . 
  21. Kurangkan penggunaan teknik imbasan, mudah membuat kanak-kanak keliru dan pening. 
  22. Cuba fikirkan bagi mengakhiri cerita dengan sesuatu yang syahdu tetepi nyaman.. atau getir,tetapi kesudahan yang baik. Pentng membuat pembaca puas hati di akhr cerita, bukan geram di sana sini.

Sekian, ini sahaja yang dapat saya sampaikan. Teruskan usaha!
.















2 comments:

  1. Salaam.

    Dear Ms. Munira,
    With all due respect, I would like to talk to you in private therefore I am leaving my email address for you to contact.

    Yours truly,
    Kaneki

    ReplyDelete
  2. Bagaimana hendak menghubungi penulis novel yang menerbitkan sendiri novel mereka terutama novel kanak-kanak?

    ReplyDelete

Pages