Friday, November 27, 2015

Gempur!

Assalammualaikum... sudah lama saya tidak menulis di sini. Kini sudah di penghujung tahun 2015. Karya baru? In sya Allah  jika tiada aral,  dalam sebuah dua buku akan terbit pada tahun depan. cuma bermula tahun depan in sya Allah.. saya akan kembali pada zaman saya muda remaja dahulu.. hahahha... saya akan kembali menulis cerpen dan puisi. Kerinduan saya bagi menulis karya eceran ini sudah tidak dapat ditahan lagi. In Sya Allah akan ada karya saya yang menghiasi media... atau setidaknya pun saya membuat kompilasi agar boleh diterbitkan sebagai buku kelak. Biarpun zaman ekonomi meleset ini.. tambahan sejak GST dilaksanakan.. banyak memberi kesan pada ramai orang. Ada yang diberhentikan kerja, perniagaan merosot dan sebagainya. malah, saya perlu berhenti seketika daripada terus menulis buku kanak-kanak kerana jualan buku merosot teruk sejak gst. Pembaca kini terlalu berkira-kira bagi mengeluarkan wang bagi membeli buku .. kerana keperluan asas lain yang lebih perlu diutamakan seperti makanan dan kos sara hidup yang tidak pernah menurun zaman ini.

Namun, saya tidak putus asa dan kecewa. Bukankah yang Maha Pemberi Rezeki itu Allah? Allah yang beri rezeki bukan kerja atau buku yang beri rezeki. Apabila roda hidup di bawah, tetap ada jalan lain sebagai hikmah. Jadilah hamba yang bertaqwa, pasti ada jalan keluarnya. Walaupun ramai yang beralih pada kerjaya lain seperti bisnes makanan contohnya. Namun, saya tidak berupaya berbuat demikian. Kecintaan saya pada dalam bidang penulisan sungguh mendalam. Jadi, kini apabila sudah tidak dapat menulis buku, saya akan menulis puisi dan cerpen pula. Juga artikel in sya Allah.. Pokoknya, jangan putus asa, Rezeki Allah tidak pernah putus. Yakinlah dan berdoalah sentiasa! :)

Friday, April 10, 2015

SIti Makaron!

Alhamdulillah.. terbit lagi buku terbaru saya // Sayalah SITI MAKARON!//

Buku ini sebenarnya sudah lama saya tulis, pada empat tahun lalu, semasa sedang hamil anak kedua. Namun, baru tahun ini ia berjaya terbit setelah melompat dari beberapa penerbit yang cerewet.

Bacalah adik-adik.. kawan-kawan... bukan kisah makaron yang biasa, tetapi geng Siti yang mahu belajar embuat makaron terpaksa melalui beberapa advencer yang tidak diduga!

Lain dari yang lain.... apapun motifnya tetap yang baik-baik juga!

Sayalah Siti Makaron!
Aida Munira

RM 15.00
ISBN: 978-967-446-168-3
~192 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 25 Feb 2015

Wednesday, January 21, 2015

BUKU BARU LAGI!

Alhamdulillah.... bukan depan akan terbit lagi sebuah novel kanak-kanak saya berjudul KISAH SAHABAT RASULULLAH SAW LANJUT USIA (UNTUK KANAK-KANAK)


SEGERA TERBIT! Nantikan di kedai buku berhampiran anda!

KISAH SAHABAT RASULULLAH SAW LANJUT USIA (UNTUK KANAK-KANAK)


Kisah sahabat Nabi adalah kisah paling mulia setelah sejarah hidup Rasulullah yang kita cintai. Seperti al-Quran yang menjadi penawar dan solusi tepat pada permasalahan manusia, percaya tidak, dengan membaca kisah sahabat nabi, kadangkala kita menemui solusi kepada masalah yang kita hadapi kerana mereka pengamal al-quran.
______________
http://www.kemilau.net.my/bm/katalog/segera-terbit/161-kisah-sahabat-rasulullah-usia-lanjut-untuk-kanak-kanak
Ida Munira Abu Bakar

Maklumat Buku

ISBN : 978-967-361-149-2
Jumlah Halaman : 201 Muka Surat
Tarikh Terbit : 01 February 2015
Harga Sabah/Sarawak : RM22.00
RM19.00

Penulis: Ida Munira / Kategori: Segera Terbit
Kisah sahabat Nabi adalah kisah paling mulia setelah sejarah hidup Rasulullah yang kita cintai. Seperti al-Quran yang menjadi penawar dan solusi tepat pada permasalahan manusia, percaya tidak, dengan membac
a kisah sahabat nabi, kadangkala kita menemui solusi kepada masalah yang kita hadapi kerana mereka pengamal al-quran. Dan Kalamullah adalah fitrah manusia. Di dalam buku ini terdapat dua bahagian.Bahagian 1: Mencontohi Sahabat- Anas Bin Malik- Jabir Bin Abdullah- Abdullah Bin Umar- Abu Hurairah- Abdullah Bin Abbas Bahagian 2: Mencontohi Sahabiah- Asma’ Binti Abu Bakar- Maimunah Binti Al-Harits- Ummu Salamah- Aishah Binti Abu Bakar- JuwairiahBinti Al-Harits

Pages