Sunday, November 16, 2014

Kemaafan

Asslaammualaikum.. mari kita sebarkan salam

Hari ini saya mahu buka topik tentang maaf.
Semua orang ada buat salah, berdosa.
Berdosa dengan Allah, bertaubat dan mohon ampun  dengan penuh rasa rendah.
Tetapi kalau berdosa dengan manusia?
Mohon maaf jugalah walaupun terkadang bukan kita yang salah.
Tapi kalau sah-sah kita yang salah, sudah bertaubat,sudah berubah, tetapi tidak memohon maaf pada orang yang kita aniaya, adakah kita rasa sudah bebas dari dosa?

Apa yang pernah saya lalui, saya pernah dianiaya, dan adakah saya memaafkannya?
Jawapannya biarlah saya dan Allah saja yang tahu.

Saya suka membaca ayat-ayat di bawah:

Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah An-Nuur : 22]

"Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah dia berada dipihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat)." [HR Al-Hakim]

"Barangsiapa memaafkan ketika dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan."  [HR Ath-Thabrani]

"Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun kepada orang, maka dia tidak akan di beri ampun." [HR Ahmad, dari Jabir bin Abdullah r.a]

Biarpun sebesar-besar dosa adalah dosa syirik yang tidak diampunkan tuhan. Namun, rahsia keampuanan adalah rahsiaNYa.

Maka jangan jemu bertaubat semua. Beristighfarlah sentiasa!

Monday, November 3, 2014

Buku Baru?

In sya Allah buat adik-adik dan pembaca budiman, akan ada buku baru lagi tulisan saya.

Pertamanya.. Puteri Damia dan Permaidani Ajaib tentunya,


Kedua, in sya Allah Siti Makaron terbitan Buku Prima
Ketiga -  pendekatan islamik nyata bagi kanak-kanak terbitan Kemilau Publika. 
Kedua-dua buku di atas confirm terbit, cuma menunggu penerbitannya sahaja sama ada hujung tahun atau awal tahun.
keempat - Kisah benar anak saya - (yang ini masih dalam penilaian)
kelima - buku puisi anakku (dalam pembikinan)
keenam- sebuah buku tanda juang saya untuk agama Allah. sebuah novel santai in sya Allah.

Marilah kita doakan agar terbitnya kesemua buku itu. Saya menulis bukan kerana hadiah atau anugerah. tetapi kerana tanggungjawab dan minat yang tinggi. 
Buat adik-aduk, sahabat-sahabat, biar apa pun terjadi, minyak naik, gst atau puting beliung, hidup ini harus terus diperjuangkan!

Pages