Sunday, November 16, 2014

Kemaafan

Asslaammualaikum.. mari kita sebarkan salam

Hari ini saya mahu buka topik tentang maaf.
Semua orang ada buat salah, berdosa.
Berdosa dengan Allah, bertaubat dan mohon ampun  dengan penuh rasa rendah.
Tetapi kalau berdosa dengan manusia?
Mohon maaf jugalah walaupun terkadang bukan kita yang salah.
Tapi kalau sah-sah kita yang salah, sudah bertaubat,sudah berubah, tetapi tidak memohon maaf pada orang yang kita aniaya, adakah kita rasa sudah bebas dari dosa?

Apa yang pernah saya lalui, saya pernah dianiaya, dan adakah saya memaafkannya?
Jawapannya biarlah saya dan Allah saja yang tahu.

Saya suka membaca ayat-ayat di bawah:

Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah An-Nuur : 22]

"Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah dia berada dipihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat)." [HR Al-Hakim]

"Barangsiapa memaafkan ketika dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan."  [HR Ath-Thabrani]

"Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun kepada orang, maka dia tidak akan di beri ampun." [HR Ahmad, dari Jabir bin Abdullah r.a]

Biarpun sebesar-besar dosa adalah dosa syirik yang tidak diampunkan tuhan. Namun, rahsia keampuanan adalah rahsiaNYa.

Maka jangan jemu bertaubat semua. Beristighfarlah sentiasa!

Monday, November 3, 2014

Buku Baru?

In sya Allah buat adik-adik dan pembaca budiman, akan ada buku baru lagi tulisan saya.

Pertamanya.. Puteri Damia dan Permaidani Ajaib tentunya,


Kedua, in sya Allah Siti Makaron terbitan Buku Prima
Ketiga -  pendekatan islamik nyata bagi kanak-kanak terbitan Kemilau Publika. 
Kedua-dua buku di atas confirm terbit, cuma menunggu penerbitannya sahaja sama ada hujung tahun atau awal tahun.
keempat - Kisah benar anak saya - (yang ini masih dalam penilaian)
kelima - buku puisi anakku (dalam pembikinan)
keenam- sebuah buku tanda juang saya untuk agama Allah. sebuah novel santai in sya Allah.

Marilah kita doakan agar terbitnya kesemua buku itu. Saya menulis bukan kerana hadiah atau anugerah. tetapi kerana tanggungjawab dan minat yang tinggi. 
Buat adik-aduk, sahabat-sahabat, biar apa pun terjadi, minyak naik, gst atau puting beliung, hidup ini harus terus diperjuangkan!

Monday, October 20, 2014

Hidup?

Assalammualaikum.. mari kita sebarkan salam.


Blog baru ini masih belum siap sepenuhnya. Cemburu juga melihat adik-adik yang dapat membuat blog lebih canggih dan blink-blink lagi. tapi tak mengapa, saya terkial-kial dengan kekangan masa.

Sebenarnya saya mengalami bagaikan mentol pecah beberapa minggu lalu. Memang hidup kita seperti roda, kadang di atas kadang di bawah. ada ketika senang dan ada ketika susah. Ada ketika kita buat banyak silap untuk capai sasaran, sedang dengan mudah dengan menjadi hamba bertakwa kita boleh menjemput sasaran positif.

Semuanya bermula juga sejak bertukar menggunakan telefon pintar. Banyak faedah juga dengan teknologi canggih ini.. Cuma  apa yang saya ingin katakan.. pernah tidak pembaca semua terfikir hidup kita untuk apa?

Setelah hampir 30 tahun bernafas di alam Allah ini, saya menemui jawapannya setelah ditimpa ujian besar empat tahun lalu.

dan beberapa minggu lepas saya mendapati seorang bukan Islam, memeluk Islam kerana bertanyakan hal yang sama.. hidup untuk apa?

Melalui kawan lama saya, ILyani, mencetus satu idea besar bagi menulis sesuatu yang mungkin bermanfaat besar. Perjuangan saya dalam agama Allah, menggunakan bakat yang dianugerhakan-Nya.

Apa dia?
klunya - Allah tuhan manusia, dan islam bukan untuk Melayu sahaja,

Sekian.. coretan di sini (entah mengapa, saya lebih suka bercerita di sini berbanding di fb)

http://tintamunira.blogspot.com/2014/10/buku-baru.html

Sunday, October 19, 2014

Choletto lazat!

Assalammualaikum... mari kita sebarkan salam.

Bercerita tentang coklat. Saya memang penggemar coklat. Dahulu saya begitu gemar coklat Cadbury. tetapi sejak tersebar isu DNA babi ada dalam coklat cadbury, saya sudah tawar hati ingin membelinya lagi. lama juga saya tidak makan coklat. Sehinggalah seorang kawan lama saya memperkenalkan Chocoletto kepada saya. Halal lagi buatan muslim. malah ia syarikat daripada rakan grup usrah kami. Saya terpikat dengan Choletto. lazatnya wahh.. rasa mahu makan banyak macam makan nasi pun ada! Boleh makan dengan nasi, dengan pisang. Atau dimakan begitu saja! Apatah lagi, anak-anak saya turut suka.



Anda mahu cuba? Boleh klik:

Chocoletto yang ori ini pun best juga... sekali rasa macam nak makan 2-3 botol sehari. Yang penting halal dan produk muslim bumiputera!
Nyamm.. nyammm.. siapa hantu coklat, jangan terlepas menikmati chocoletto ini!:




Wednesday, October 15, 2014

Buku Baru!

Assalammualaikum.. mari kita semua sebarkan salam.

Ini blog baru saya. Blog lama menghadapi masalah tidak dapat diupdate lagi kerana dahulu saya menggunakan akaun yahoo.com.sg, kini semuanya google. Jadi sudah tidak boleh diakses.

Pertamanya di sini pastilah buku baru saya. Hampir dua tahun menunggu, akhirnya siri keempat Puteri Damia terbit! Alhamdulillah..!

Format: Paperback
Saiz: 17.5 cm x 25 cm
ISBN-13: 978-967-401-239-7
Tarikh Terbit: 13 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Kanak-Kanak, Kanak-Kanak Umum
Siri:
Penerbit: PTS One
SINOPSIS
Kali ini, Puteri Damia dan kawan-kawan ajaibnya ke negara Permaidani untuk menyelesaikan masalah di sana. Puteri Pelangi Permaidani mahu Damia membantunya mencari dan memilih permaidani baru bagi menggantikan tempat penasihat permaidani yang sudah tua dan mulai reput. Namun, Puteri Pelangi Permaidani tertarik pada Sejadah ajaib, kawan ajaib Damia. Puteri Lalu menyuruh para pengawal menculik Sejadah ketika Damia sedang tidur. Kejadian menjadi huru-hara sehingga Damia terjaga, tetapi Sejadah tetap berjaya diculik tanpa disedari Damia.

Sudi-sudikanlah mendapatkannya ya untuk anak-anak, adik-adik, atau hadiah buat yang tersayang. Boleh didapati di kedai-kedai buku, di Bookcafe, dan boleh saja order dengan saya.. boleh whatsup 0127343064.

Pages