Friday, November 27, 2015

Gempur!

Assalammualaikum... sudah lama saya tidak menulis di sini. Kini sudah di penghujung tahun 2015. Karya baru? In sya Allah  jika tiada aral,  dalam sebuah dua buku akan terbit pada tahun depan. cuma bermula tahun depan in sya Allah.. saya akan kembali pada zaman saya muda remaja dahulu.. hahahha... saya akan kembali menulis cerpen dan puisi. Kerinduan saya bagi menulis karya eceran ini sudah tidak dapat ditahan lagi. In Sya Allah akan ada karya saya yang menghiasi media... atau setidaknya pun saya membuat kompilasi agar boleh diterbitkan sebagai buku kelak. Biarpun zaman ekonomi meleset ini.. tambahan sejak GST dilaksanakan.. banyak memberi kesan pada ramai orang. Ada yang diberhentikan kerja, perniagaan merosot dan sebagainya. malah, saya perlu berhenti seketika daripada terus menulis buku kanak-kanak kerana jualan buku merosot teruk sejak gst. Pembaca kini terlalu berkira-kira bagi mengeluarkan wang bagi membeli buku .. kerana keperluan asas lain yang lebih perlu diutamakan seperti makanan dan kos sara hidup yang tidak pernah menurun zaman ini.

Namun, saya tidak putus asa dan kecewa. Bukankah yang Maha Pemberi Rezeki itu Allah? Allah yang beri rezeki bukan kerja atau buku yang beri rezeki. Apabila roda hidup di bawah, tetap ada jalan lain sebagai hikmah. Jadilah hamba yang bertaqwa, pasti ada jalan keluarnya. Walaupun ramai yang beralih pada kerjaya lain seperti bisnes makanan contohnya. Namun, saya tidak berupaya berbuat demikian. Kecintaan saya pada dalam bidang penulisan sungguh mendalam. Jadi, kini apabila sudah tidak dapat menulis buku, saya akan menulis puisi dan cerpen pula. Juga artikel in sya Allah.. Pokoknya, jangan putus asa, Rezeki Allah tidak pernah putus. Yakinlah dan berdoalah sentiasa! :)

Pages