Monday, February 27, 2017

KIAMAT TERLALU DEKAT



KIAMAT TERLALU DEKAT.

Tajuk di atas mungkin akan ada yang mengiyakan atau mungkin ada  yang ketawa. Namun, saya tidak mahu menyorokkan apa yang saya tahu. Cuma saya kurang selesa post di facebook. Lalu saya tulis di sini.
Benarkah kiamat terlalu dekat?
Ya, pada mualanya saya juga tidak tahu.. saya juga memikirkan dan menghkhayalkan kehidupan hari tua saya kelak.. atau bagaimana anak-anak saya dewasa kelak.. mereka belajar di mana, bekerja apa dan berkahwin dengan siapa.
Tetapi Allah menegur saya suatu hari. Saya mengalami sedikit ujian yang mahu membuatkan saya  mahu meminta pertolongan Allah sesungguhnya kerana saya tidak mampu memenuhi hajat ujian ketika itu. Lalu saya tergerak untuk  beristhghfar sebanyaknya. Dalam suatu hari saya beristighfar lebih 1000 kali. Pada waktu malamnya, hati saya tergerak untuk  membuka youtube. Dengan takdirnya Allah menemukan saya satu video tentang ceramah Akhir Zaman oleh Ustaz Zulkifli Muhammad Ali iaitu ustaz yang  mengkaji akhir zaman.

Mendengar ceramahnya, sungguh saya terkejut. Bagaikan sinar pengetahuan berlumba masuk ke kantung ilmu saya , namun dada saya berdebar, bukan biibir yang tersenyum. Apa terjadi?
Rupa-rupanya tanda-tanda dajjal hendak keluar sudah lengkap.   Danau  Tiberias sedang dahsyat menyusut, Air mata zughar sudah megering, kebun kurma Bai San juga sudah tidak berbuah. Ini semua tanda-tanda dajjal hendak keluar. Malah media Israel mengumumkan Danau tiberias akan mongering sepenuhnya pada tahun 2012. Mungkin ada yang mengatakan dajjal keluar pada tahun 2022. Tetpi menurut al-quran makhluk yakjuj makjuj yang akan meminum air di Danau Tiberias hingga kering. Sebelum yakjuj makjuj keluar dajjal sudah dibunuh Nabi Isa. Jadi in bermakana dajjal keluar lebih awal dari itu. Wallahualam.

Tetapi bila?
Menurut ceramah Ustaz Zulkifli Muhammad Ali juga, tanda kiamat besar yang pertama adalah hentaman meteor dan hujan meteor. Bumi telah memasuki sungai meteor sejak 2013, dan keluar  pada hujung 2016. Namun, masih ada meteor yang sedang menuju ke bumi lebih kurang 200 ribu. Malah, sejak 2013, sudah beberapa kali meteor kecil jatuh ke bumi dan ada yang mengakibatkan kematian lebih kurang 1000 orang. NASA juga meramalkan hentaman meteror ke bumi berlaku pada tahun 2019. NASA Juga mendapati dengan kajiannya, bumi akan megalami kemarau yang dahsyat bermula 2019- 2022. Bertepatan dengan ayat al-quran dan Hadis, setelah meteor jatuh akan jadi ad-dukhan iaitu kabut asap selama 40 hari 40 malam. Apabila hari cerah semula.ramai yang telah tewas, begitu juga dengan haiwan dan tumbuhan mati.  Keadaan sangat panas. Akibat yang paling mengejutkan adalah tiada lagi alat telektrik yang berfungsi akibat gelombang yang dikeluarkan meteor. Kita kembali kepada zaman purba  yang mana  semuanya kembali menjad manual.

TANDA-tanda selebihnya kiamat akan terjadi menurut hadis dan al-quran adalah wujudnya tanah arab yang dulunya gersang kini sudah turun salji dan kembali subur. Di tanah Arab juga sudah ada bangunan –bangunan yang tinggi yang melebihi tinggi-tinggi gunung. Saat ini bangunan tinggi di tanah Arab aday ang mencecah lebih  1 kilomoeter tngginya.
Jadi masa kita sudah tidak lama lagi. Bertaubatlah dengan segera. Cukuplah dan berhenti membuat hutang. Apatah lagi dengan pinjaman bank yang berbunga-bunga. Namun, bagi  yang sudah ada hutang, selesaikanlah degan segera. Pinjaman rumah yang beratus ribu fikirkanlah solusinya. Pinjaman kereta pula, kereta boleh dijual, dan kita beli kereta yang second hand buat sementara waktu. Saya juga ada masalah yang sama ptptn dan pinjaman kereta yang belum selesai. Mari kita perbanyakkan doa agar kita bebas hutang dan riba sebelum berlakunya hujan meteor.

Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum Ramadan menjelma. Mintalah pada Allah tidak terjadinya hentaman meteor pada tahun ini. Menurut al-quran hentaman meteor yang menjadi pembuka tanda besar kiamat berlaku pada   itu  Kita tidak tahu sama ada kita hidup atau mati semasa berlakunya hentaman dan hujan meteor. Sekiranya kita masih hidup sekali pun bagaimana kita mahu membayar hutang kerana teknologi juga sudah tidak ada. Bagaimana kita mahu berhubung di saat bank-bank juga musnah? Hetap tetap juga hutang. Inilah yang paling menakutkan. Jika mati roh kita tergantung, jika mati.entahlah,,,sampai di akhirat, kta terpaksa membayar hutang dengan pahala kita… banyak manalah pahala kita?
Memang saya sendiri menangis mengenangkan ini. Perbanyakkanlah amal dan meminta kepadaNya setiap hari.  Amalkanlah solat sunat duha dan alwaqiah. Kalau kita bertekad mahu bebas hutang dan riba, pasti Allah bantu.

Berikut antara ceramah Ustaz Zulkifli Muhammad Ali yang anda wajib dengar.



No comments:

Post a Comment

Pages